Friday, April 8, 2016

Testimoni Telekung Hanna

Little cousin, Sara memakai Telekung Hanna saiz L (7-9 tahun) di Masjidil Nabawi


Telekung Hanna dibuat daripada kain Jersey Serena (premium) yang sejuk, selesa dan sedap dipakai. Ada beberapa warna pilihan iaitu pink, hijau epal, biru frozen dan putih 

Thursday, April 7, 2016

Testimoni Hasya

Semalam Kak Mas dapat whatsapp dari auntie Kak Mas yang sedang berada di Mekah menunaikan umrah bersama uncle dan juga puteri kesayangan mereka. Auntie share gambar little cousin, Sara mengenakan Telekung Hasya saiz L (7-9 tahun) semasa megerjakan umrah. Cousin Kak Mas ni berusia 8 tahun... bertuah Sara, kecik kecik lagi dah dpt ke Mekah megerjakan umrah.



Telekung 4 Kids sangat sesuai dibawa mengerjakan umrah kerana kainnya yg tidak panas dan berkualiti..tak kira umrah musim panas atau umrah musim sejuk. InsyaAllah menepati syariat. Tidak jarang di bahagian leher kerana di lining hingga atas dada. Anak pasti selesa menggunakan sepanjang megerjakan umrah :D

Tak sabar nak bawa anakanda Faiz dan Sufia menunaikan umrah.

Wednesday, April 6, 2016

Testimoni Telekung Hanna Biru Frozen

Alhamdulillah...syukur dapat memberi kepuasan kpd customer


Pn Kiah dari Batu Caves yg membeli Telekung Hanna warna biru frozen.

Terima kasih kepada Pn Kiah yg sanggup menunggu beberapa hari kerana telekung Hanna warna biru frozen out of stok. 

Testimoni Telekung Hanna Putih

Testimoni dari customer yg membeli Telekung Hanna warna putih. Kak Mas pos semalam, hari ni dah sampai. Jazakallah atas perkhidmatan yang diberi oleh pihak POSLAJU.

Anak Pn Hjh Ana ni berusia 11 tahun.

"Assalam kak mas...alhamdulillah poslaju dh smpi... Terima kasih byk ye...Sesuai... terleltak dgn muka anak dara ana " - Hajjah Ana dari Bandar Tun Razak



Sunday, April 3, 2016

Photoshoot Telekung 4 Kids

Alhamdulillah, tercapai cita-cita Kak Mas untuk buat photoshoot Telekung 4 Kids. Photoshoot berlangsung di TDS Production di Equine Park. 



Kak Mas di bantu oleh sahabat Kak Mas untuk make up model model Kak Mas. Model lak dibantu oleh anak sahabat di taman perumahan Kak Mas, adik Khadijah dan Cik Sufia anak kesayangan Kak Mas.

Bermula 10.30am utk make-up dan berakhir jam 1.30 tghari. First time buat photoshoot, susah juga bila deal dgn anak anak ni sbb mood mereka bertukar tukar. Alhamdulillah ada 2 model so boleh tukar tukar shoot.

Tak sabar tunggu gambar gambar dr yg di'shoot' siap :D

Saturday, April 2, 2016

Testimoni

Testimoni bergambar

Adik A dari Kuala Lumpur, berumur 2 tahun. Tahniah kepada ibubapa adik A sbb didik anak solat dari awal.

Adik A memakai Telekung Hasya yang dibuat dari kain cotton  bersulam purple, size S (1-3 tahun)